Wednesday, May 7, 2014

Epilog: Buta Ma'arof


  • Seronok hidup kalau kita boleh berbicara pelbagai bahasa. Serious, dunia ini luas, kaya dengan budaya dan tradisi yang unik dan menarik.
  • Sampaikan ada orang yang kata kalau kita dapat jadi seorang 'polyglot', kita bagai jutawan kaya, bahasa itu bagaikan harta yang bebas nilai. Tiada akan jatuh nilainya biarpun runtuh foundation dunia. 
  • Hari ni aku boleh berbahasa Arab Mesir serba serbi sedikit. beza sedikit Arab loghat Ammiya' (Mesir) jika dibanding dengan dengan Arab Fushah'.
  • Teringat hujung tahun lepas masa naik Tremco (mikro-bas a.k.a Van) untuk kembali ke Rumah dari Pasar. Berpeluang berborak dengan seorang pemuda Arab Mesir dan seorang lagi warga Syria. Rancak aku bersembang dengan grammar aku yang bersepah merata, tiba si pemuda Syria tu tanya aku boleh tak aku menulis since aku dah agak boleh berbicara serba serbi. 
  • Aku pun kata tak sangat, dia pun kata "oh jadi kau ni macam orang-orang buta huruf kat Mesir ni la *gelak* dan dia cakap dia melawak. Aku tau, lawak yang mengguris ego, haha. Ya bagai orang buta huruf kat Mesir la aku ni. Boleh berkata-kata, tapi tak pandai baca, tak mahir tulis, apa cerita? Banyak lagi nak kena belajaq ni.
  • Rahim maarop dah ada, lani kita kira jadi buta maarop la pulak. Aduh
N.B
Polyglot = Kebolehan menguasai pelbagai bahasa; multi-linguist 

p/s: 2 posts in 2 days,yeah!



No comments: