Friday, July 24, 2009

Epilog : Rekahan Di Tembok Besar


  • Kata-kata khatib memberi efek di telinga sehinggakan kata hati tergerak untuk menulis post ini. Beliau telah menyelit tentang kisah konflik di Xinjiang,Cina semasa berkhutbah, sesuatu yang saya yakin tidak ramai ketahui.
  • Ada di kalangan kita, kobok umat yang teradat dengan mengikuti perkembangan dunia secara konsisten, pasti arif akan Konflik di wilayah Xinjiang.
  • Bagi yang masih tertanya, Xinjiang adalah salah satu wilayah terbesar (1/6 dari Cina,sebesar Iran) di negara tembok besar tersebut.
  • Usah saya dituntut merawi apa usul Konflik Xingjiang, ianya boleh dicari dimana-mana laman web yang boleh dipercayai isinya.
  • Apa yang nyata ianya bukanlah baru sahaja terbit, tetapi ianya kisah sebuah ketengangan etnik antara puak Uighur dan puak Han yang telah berhambus sejak 1940-an.
  • Penindasan berterusan terhadap puak Uighur yang saya difahamkan telah menetap di wilayah tersebut dan juga mempunyai bahasa tersendiri, Bahasa Uighur, terus berlaku dek kerana sistem demokrasi komunis yang bopeng di negara itu.
  • Jadi timbulah ketengangan kerana puak Uighur yang inginkan identiti dan tradisi mereka berlanjutan tetapi Kerajaan Cina Komunis secara menyeluruh cuba meruntuhkan identiti puak Uighur dengan pelbagai macam cara.
  • Puak Han adalah antara kaum-kaum yang minoriti yang terdapat di wilayah Xinjiang. Mereka dianggap alat kepada Kerajaan Komunis Cina yang menggunakan berbagai taktik untuk memiliki kuasa autonomi di Xinjiang.
  • Puak Han yang minoriti di Xinjiang diberi berbagai insentif oleh kerajaan pusat dalam cubaan mereka mengulingkan Puak Uighur. Pelbagai syarikat nasional yang bertempat di Xinjiang mengutamakan pekerja yang berkebolehan bertutur dalam bahasa kontemporari sedangkan penduduk Xingjiang, Puak Uighur terutamanya mahir hanya bertutur Bahasa Uighur.
  • Maka bibit-bibit kebencian tertanam antara satu sama lain, pabila diskriminasi berlaku di pelbagai tahap di dalam sesebuah masyarakat.
  • Kendatipun konflik ini sudah berabad pangkal mulanya, namun negara-negara barat mengambil pandang mata sebelah hinggalah terjadinya perisitwa 9/11.
  • Menurut Arriene M. Dwyer, di dalam bukunya The Xinjiang Conflict(Uyghur Identity, Language Policy and Political Discourse) ada menyebut bahawa pemerintahan terhadap wilayah bergolak itu mula menyarung kuku besi sesudah mendapat arahan dari Amerika Syarikat.
  • Digemparkanlah dunia Islam dengan pembakaran masjid, kekangan menuntut ilmu dan penindasan secara total terhadap puak Uighur di wilayah Xinjiang.
  • Maka tersimpul rona-rona keakraban Amerika Syarikat dan China, yang saling bertukar ilmu ketenteraan. Cina mula diperalat, ini dapat dibuktikan dengan konflik di Tibet jua yang rata tahu akan kehancuran Tibet suatu ketika dahulu.
  • Akan tetapi, saya menyelar tindakan pengeboman Urumqi yang telah meragut 9 nyawa dan mencederakan 74 yang lain. Biarlah sesiapa sahaja yang punya angkara, apa yang pasti adalah bukan ajaran Islam untuk bertindak dalam haluan sedemikian.
  • Timbul juga pendapat mengatakan yang pengeboman Urumqi ini salah satu angkara Amerika yang mahsyur dengan False Flag Operation(F.F.O) mereka. F.F.O bertujuan mensabotaj kredibiliti sesebuah negara dengan cara yang cukup kejam. Antara peristiwa-peristiwa lain yang dalam benak hati saya percaya adalah F.F.O ialah 9/11, peristiwa pengeboman di subway London dan antara yang terbaru, Mumbai Bombings.
  • Arriene M. Dwyer juga menjelaskan bagaimana hasrat Amerika untuk menukar pandangan dunia umum akan Perjuangan Nasionalisme Uighur, dengan mengambarkan perjuangan mereka seakan terrorisme.
  • Sehubungan dengan desakan Amerika, maka pada Disember 2001 secara tiba-tiba Kerajaan Komunis Cina mengunakkan kekuatan media Cina dan menamakan lebih dari 50 kumpulan militant yang dianggap pengganas.
  • Lantas perbuatan ini, dilaporkan telah mengubah persepsi rata-rata masyarakat diseluruh pelusuk negara Cina dan dunia secara total yang mula menganggap puak Uighur sebagai puak pengganas.
  • Dari manakah akan timbulnya resolusi? Jika kaum dipijak kaum sendiri? Apakah bala tunduk akan pertiwi? Inilah konflik masa kini. Semuanya gilakan autonomi ! Kuasa memaksi bumi secara sendiri!
  • Pinta saya agar kita dapat ubah cara kita berfikir, ubah cara kita melihat sesuatu, kerna media barat sudah menaburkan racun muslihat segala, jatuh perangkap maut menimpa! Berdoalah agar puak Uighur dapat keamanan dan kesejahteraan untuk melaksanaan tanggungjawab dan hidup masing. sekian dan selamaaaat~

p/s: I am busy this past few weeks, having to help my sister conjure up a topic for her masters thesis paper and also working on a little project, so bear with me if there's any mistakes, please, I invite healthy comments. Until then, stay safe~

No comments: