Friday, July 10, 2009

Epilog : Hala Bala Bahasa


  • Ini bukan bicara politikus, ini bukan bicara sindir, ini bicara logistik yang cuba mencari haluan pendidikan negara yang terumbang ambing.
  • Murid di sekolah ibarat tikus tikus di makmal yang disuntik berbagai macam bahan kimia demi untuk melihat apa mujarabnya formula mereka.
  • Usul megembleng kembali pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia tidak pasti akan disambut sepenuhnya dengan bicara optimis pihak ibubapa dan juga segelintir tenaga pengajar.
  • Apakah usul ini motifnya sandiwara politik semata atau satu usul yang ingin menyelamatkan akar umbi pengajian dan juga generasi emas yang kelak mendatang? Soal ini bermain di rata-rata semua lapisan masyarakat.
  • Saya telah pun mengomel sebelum ini akan PPSMI, akan kebaikan dan juga keburukannya.
  • Saya tetap dengan pendirian yang Sains dan Matematik walaupun diajar di dalam Bahasa Inggeris tidak dapat membawa ke arah memantapkan tutur bicara segelintir pelajar, terutama sekali yang berada di luar bandar.
  • Dalam usahasama memantapkan tutur bicara pelajar dalam Bahasa Inggeris, bukanlah Sains dan Matematik yang penting, tetapi cara pengajian Bahasa Inggeris ini disampaikan di masa kelas berjalan.
  • Adakah kita berasa yang semua guru sudah sedia ada efektif dalam bertutur kata dan menyampaikan pengajian Sains& Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  • Saya rasa jika seseorang guru kurang efektif terhadap tutur kata Bahasa Inggeris maka halnya anak murid pun semua kucar kacir hilang punca,bukan sahaja mati akal ingin memahami konsep tertentu mata pelajaran malah pabila bahasa guru mula hambur, apakah murid akan timbul minat?
  • Maka jika benarlah mereka2 itu ingin mengambil langkah untuk membaik pulih cara pengajaran dan penyampaian Bahasa Inggeris, maka buktikanlah dengan melahirkan pelajar2, bukan hanyasanya di bandar, malah di segala ceruk pelosok Malaysia yang dapat bertutur kata dengan efisyen.
  • Akhir kata, usahlah diuji lagi pelajar, muda-mudi bagai tikus putih di makmal, pangkulah mereka ke arah membina negara yang maju dan aman, Sekian & Selamaaat~


6 comments:

As said...

wah mantap jugak bahasa kamu ya.

usaha sama eja nya begini bukan?
entahlah kurang pasti.

Ahmad Naeem said...

erm..mantap?

taklah...biasa saja...

erm...usahasama...last i check its sambung...but hey..im no bahasa expert..hehe..

tapi menurut kamus outdated saya sambung..hehe..

enyheartsdiamond said...

entri ni simple dan padat!

menarik!

sy minat membacanya!

dn sy stuju dgn pendapat anda!

Ahmad Naeem said...

thank you..

gumbira saya kamu bersetuju..

now p buat entri tentang PPSMI..cpat!!...haha

Anonymous said...

YEAhhh, lupa sape cakap. But it's on TV. Die cakap, "PPSMI is a national tragedy."
Jadinya, harap2 perubahan yang kali ni kasik manfaat utk student dlm both english n sciences subjects.

Ahmad Naeem said...

shamel...

erm..yeap its a national tragedy alright...we need stability in order to see an improvement dalam pendidikan negara...that is why education shall never be politicized..!!

yea..harap2 aku pon mcm tu la..