Islam kau tidak relevan!
Islam aku paling betul, adakah kau Muslim? Serius, adakah kau Muslim?!?! (ulang sampai relevan)
Antara persoalan dan kontroversi hari ini adalah bagaimana semua orang ingin terjun menjadi "Islamic", pada ini kita katakan Alhamdulillah, namun tidak duduk beberapa minit selepas mereka "berubah" mereka mula menjadi lebih besar dari Al-Ustaz, mula merendah-rendahkan orang lain, mula melihat dengan pandangan yang serba marah.
Begitu jua dengan orang yang sudah terbina Islam dalam dirinya sejak dari azali, maksud terbina disini adalah, batu bata Ad-din yang tersusun atau disusun oleh institusi kekeluargaan yang memupuk mereka, alam persekolahan yang mengajar mereka, rakan-rakan kelompok yang membimbing mereka dan pelbagai lagi.
Kebanyakan yang lahiriyah mereka dari kelompok ini tidak nampak bigger picture , kadang-kadang terlampau terperangkap dalam dunia mereka sendiri.
Terlampau dibuai dengan utopia Islami mereka lupa realiti Malaysia masa ini, bukan sahaja berbilang kaum dan agama, bahkan dalam Agama Islam sendiri Kaum Muslimin bukan semuanya ditahap-tahap mereka.
Kita semua idamkan utopia Islami seperti yang dikecapi dahulu kala, namun ia tidak berlaku jika kita(Kaum Muslimin) tidak sedar akan relevan kepelbagaian umat, kepelbagaian jenis manusia di muka bumiNya ini.
- Bukan semua orang Islam lahiriyah mereka dalam keluarga "Islamic".
- Bukan semua orang Islam punya cerap pemikiran yang sama pada ramai orang Islam yang ditarbiyah oleh jemaah-jemaah Islam sedia ada.
- Bukan semua orang Islam punya exposure Islami sepertimana sesetengah kita rasa.
- Bukan semua orang Islam dibimbing oleh bulatan-bulatan usrah mingguan yang kerap mengisi rohani mereka.
- Bukan semua orang Islam pandai mengaji apatah lagi bukan semua orang Islam adalah mufassir Quran.
- Bukan semua orang dipupuk susur galur pemikiran Ulama-ulama terdahulu.
- Bukan semua orang Islam berpeluang menjalani persekolahan dalam suasana Islamically conducive, mereka bukan produk Maahad, mereka bukan produk Sekolah Agama Rakyat, mereka jua bukan dari Darul Tahfiz mahupun sekolah Pondok.
[credit to the owner of the image is reserved]
Kerna manusia itu pelbagai. Kerna Insan maksud akarnya pelupa. Kerna semuanya tidak terbina dengan cinta, Kerna ada kala kita harus tarik, kita harus bimbing..Bukanya kita herdik, dan bukannya kita caci. Tapi kita toleransi sambil memberi inspirasi dan mengajak ke arah raj'ie.
Kerna manusia itu Raja Lalai. Dibuai alunan nafsu', Dihasut Shaitaan secara bertalu, Kita harus bangkit, Sebarkan dan Sedarkan. Membangun bersama-sama, Kita bina batu bata kehidupan yang penuh bermakna.
Never fan any flames, Be the one that lights up the darkness, be the one that resolves disputes.
Marilah. Genggam erat janjiku..Merentas batasan duniawi untuk cita-cita ukhrawi yang hakiki!
Salam Maal Hijrah 1434H
Salam Maal Hijrah 1434H
No comments:
Post a Comment