Qalbuku penuh dimomok debu,
Ianya hitam lambang khilafku,
Tidak kusangka dapat mendekatimu,
Wahai Habibullah,
Kaulah yang kami rindu,
Saban tahun kami berselawat,
Kononnya kami beringat-ingat,
Kalam diulang ketika pemergianmu bagai hikayat,
Ummati,ummati pelbagai makna tersurat&tersirat,
Namun kami dibuai kealpaan akan ibrah pemergianmu,
Diakhir hayatmu masih dikau mengenang kami,
Kami yang lalai sekian hari,
Kami yang makin jauh dengan peribadimu,
Kami yang tidak pertahankan hadiahNya menjadi umatmu,
Tidak langsung pernah terlintas,
Aku yang kerdil,
Aku yang hina dina,
Dapat mengamati,
Walau sehelai peninggalanmu,
Qalbu ini tersemat dengan titisan insafi,
Qalbu ini mula menangis tidak terperi,
Aqalku merangkak cuba menyusun kalami,
Ya Rasulullah!
Daku ingin kembali,
Daku ingin mencari!
Hakikat cintamu sebenar yang pudar dimamah duniawi.
p/s: tak sangka terlepas aku melawat Tanah Haram, diberi hadiah menjulang Janggut Junjungan Mulia. Hari yang tidak akan sekali ku lupakan. Akan kusambung perjalanan Ibrahku dalam siri2 seterusnya dengan izin Allah.
4 comments:
kt mne ni bro?
Di Masjid Sidi al Badawi di Tanta
=)
Anugerah Allah. Hamdalah ^__^
As =) tu la sangat2 bersyukur ke hadrat Ilahi, rasa sangat2 tak layak..
Post a Comment