Aku ada satu sindrom. Satu "penyakit". Satu kelakuan pelik.
Ini contoh senario supaya mudah faham.
Di bawah bangunan rumah aku, ada kedai runcit, kedai roti dan kedai sayur. Kebiasaan aku akan beli roti dan sayur di kedai lain sebab kedai lain kualiti dan pilihan lagi menarik.
Jadi bila aku beli roti atau sayuran dari kedai lain, aku akan cuba sedaya upaya untuk tak lalu kedai bawah rumah aku, jadi aku ambil lencongan jalan lain.
Akan timbul perasaan bersalah kalau tiba-tiba pakcik kedai roti atau sayur bawah rumah nampak aku beli barangan tapi bukan dari kedai-kedai mereka.
Pelik kan? Dalam kebanyakan orang,aku kira reaksi pastinya "aku punya duit, aku punya suka nak beli kat mana" Tapi bukan aku.
Aku ada "penyakit". Tapi aku tak mahu sembuh darinya. I'll gladly take this as a gift, it makes me feel human.
"Into the great wide open
Under them skies of blue
Out in the great wide open
A rebel without a clue"