Tuesday, November 13, 2012

Epilog : ISLAM kau TIDAK relevan!!

Islam kau tidak relevan!

Islam aku paling betul, adakah kau Muslim? Serius, adakah kau Muslim?!?! (ulang sampai relevan)

Antara persoalan dan kontroversi hari ini adalah bagaimana semua orang ingin terjun menjadi "Islamic", pada ini kita katakan Alhamdulillah, namun tidak duduk beberapa minit selepas mereka "berubah" mereka mula menjadi lebih besar dari Al-Ustaz, mula merendah-rendahkan orang lain, mula melihat dengan pandangan yang serba marah.

Begitu jua dengan orang yang sudah terbina Islam dalam dirinya sejak dari azali, maksud terbina disini adalah, batu bata Ad-din yang tersusun atau disusun oleh institusi kekeluargaan yang memupuk mereka, alam persekolahan yang mengajar mereka, rakan-rakan kelompok yang membimbing mereka dan pelbagai lagi.

Kebanyakan yang lahiriyah mereka dari kelompok ini tidak nampak bigger picture , kadang-kadang terlampau terperangkap dalam dunia mereka sendiri. 

Terlampau dibuai dengan utopia Islami mereka lupa realiti Malaysia masa ini, bukan sahaja berbilang kaum dan agama, bahkan dalam Agama Islam sendiri Kaum Muslimin bukan semuanya ditahap-tahap mereka.


Kita semua idamkan utopia Islami seperti yang dikecapi dahulu kala, namun ia tidak berlaku jika kita(Kaum Muslimin) tidak sedar akan relevan kepelbagaian umat, kepelbagaian jenis manusia di muka bumiNya ini.



  • Bukan semua orang Islam lahiriyah mereka dalam keluarga "Islamic". 
  • Bukan semua orang Islam punya cerap pemikiran yang sama pada ramai orang Islam yang ditarbiyah oleh jemaah-jemaah Islam sedia ada.
  • Bukan semua orang Islam punya exposure Islami sepertimana sesetengah kita rasa.
  • Bukan semua orang Islam dibimbing oleh bulatan-bulatan usrah mingguan yang kerap mengisi rohani mereka.
  • Bukan semua orang Islam pandai mengaji apatah lagi bukan semua orang Islam adalah mufassir Quran.
  • Bukan semua orang dipupuk susur galur pemikiran Ulama-ulama terdahulu.
  • Bukan semua orang Islam berpeluang menjalani persekolahan dalam suasana Islamically conducive, mereka bukan produk Maahad, mereka bukan produk Sekolah Agama Rakyat, mereka jua bukan dari Darul Tahfiz mahupun sekolah Pondok.

[credit to the owner of the image is reserved]

Kerna manusia itu pelbagai. Kerna Insan maksud akarnya pelupa. Kerna semuanya tidak terbina dengan cinta, Kerna ada kala kita harus tarik, kita harus bimbing..Bukanya kita herdik, dan bukannya kita caci. Tapi kita toleransi sambil memberi inspirasi dan mengajak ke arah raj'ie.

Kerna manusia itu Raja Lalai. Dibuai alunan nafsu', Dihasut Shaitaan secara bertalu, Kita harus bangkit, Sebarkan dan Sedarkan. Membangun bersama-sama, Kita bina batu bata kehidupan yang penuh bermakna.

Never fan any flames, Be the one that lights up the darkness, be the one that resolves disputes.

Marilah. Genggam erat janjiku..Merentas batasan duniawi untuk cita-cita ukhrawi yang hakiki!


Salam Maal Hijrah 1434H


Tuesday, September 18, 2012

Epilog: Pemergian

gambar tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia


  • Pemergian seseorang selalunya merobek satu ruangan yang aneh dalam sanubari manusia.
  • Kita semua benci akan perpisahan, maka amat tepat kalam yang digarap  'you never know what you got until it's gone'.
  • Hargailah segalanya sebelum kita pula dihargai mereka-mereka yang bakal 'terkesima' dengan pemergian kita.





Thursday, July 5, 2012

Epilog : Hikayat Sang Pelupa



  • Insan. Lahiriyah dan makna kata akarnya adalah pelupa.
  • Itulah kita semua secara total, senantiasa berada dalam keadaan alpa, sering berada dalam keadaan terlena.
  • Tidak sudah-sudah dibuai. Tiada kata yang boleh diungkapkan dalam leksikografi, carilah kata apa lagi yang boleh dihalalkan,dihendakkan, tapi sudah lelah gamaknya semua ingin bercerita tentang hikayat sang manusia.
  • Walau al-kisah tampak baru, skrip tampak seperti berbeda-beda, namun hakikat cerita masih sekufu. Iaitu masih dalam keadaan terlupa. 
  • Lupa akan satu masa, pernah bersaksi hadapan Ilahi dan mengungkapkan "Bala Shahidna", tapi kini masih alpa dalam mimpi alam fana. 
  • Semua bermatlamatkan alam sejagat, bangkitlah dari tidur sang pelupa, perang masih belum tamat.


p.s image from kuukusblog



Sunday, June 17, 2012

Elegi : Kembali Bangkit



Keluar ke kota jadi pelesit,
Pulang ke kampung bagai parasit,
Lahiriah rimba dewasanya konkrit,
Termakan janji ternobatlah hipokrit,
Dahulunya sihat kininya sakit,
Parahnya hidup berpaksikan Ifrit,
Bisikan nista mindanya menyempit,
Terbentang agam di ruangan langit,
Lauh Mahfuz terlakar kisah sulit,
PercaturanNya tersusun walaupun rumit,
Alpanya manusia yang bakal bangkit,
Dipersembah nukilan Raqib dan Atid,
Segala perilaku bakal tersabit,
Biarlah qalbu terjentik walau sekelumit,
Akhirnya kembali tiadalah perit.

[6/18/2012] 

Picture taken at Langkawi 21/7/2010








[picture taken at Langkawi Island 21/7/2010]

Tuesday, June 12, 2012

Elegy : Gloaming Ray




Dusk of the day,
Subsides mysteriously away,
Birdsong numbed in array,
Conscious minds taught not to stay, 
For tomorrow's built upon yesterday!