Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, July 29, 2014

Epilog: Penyakit Pelik



Aku ada satu sindrom. Satu "penyakit". Satu kelakuan pelik. 

Ini contoh senario supaya mudah faham.

Di bawah bangunan rumah aku, ada kedai runcit, kedai roti dan kedai sayur. Kebiasaan aku akan beli roti dan sayur di kedai lain sebab kedai lain kualiti dan pilihan lagi menarik.

Jadi bila aku beli roti atau sayuran dari kedai lain, aku akan cuba sedaya upaya untuk tak lalu kedai bawah rumah aku, jadi aku ambil lencongan jalan lain.

Akan timbul perasaan bersalah kalau tiba-tiba pakcik kedai roti atau sayur bawah rumah nampak aku beli barangan tapi bukan dari kedai-kedai mereka. 

Pelik kan? Dalam kebanyakan orang,aku kira reaksi pastinya "aku punya duit, aku punya suka nak beli kat mana" Tapi bukan aku.

Aku ada "penyakit". Tapi aku tak mahu sembuh darinya. I'll gladly take this as a gift, it makes me feel human


"Into the great wide open

Under them skies of blue
Out in the great wide open
A rebel without a clue"




Sunday, June 1, 2014

Epilog: Habit-at-at-at-at (echoes)


  • Manusia sering dikonotasikan sebagai creature of habit. Habit can be both good or bad.
  • Tabiat secara berterusan, baik mahupun jahat, akan membentuk individu itu secara menyeluruh.
  • Tabiat, seperti segala benda dalam kehidupan harian kita, boleh dibuang maupun ditambah.
  • Teringat 2 tahun lepas ketika menghadiri seminar Productive Muslim, salah seorang speaker menyebut tentang cara untuk menyingkirkan tabiat buruk atau asimilasi tabiat baik dalam kehidupan harian.
  • He proposed using a habitator. A chart that allows you to monitor your progress within a month, there's columns of days within a month and rows that allow you to write the particular habit you'd like to develop or get rid of. Check it out, click here.
  • Pada akhir tempoh 30 hari , kalau jumlah tanda bagi sesuatu tabiat secara spesifik itu lebih banyak, dalam kes tabiat yang baik, maka ia berjaya diasimilasi dalam kehidupan harian kita, it's the opposite in case of bad habits.
-----------------------------------
ok stay with me for this one, aku nak mengarut, layan ja...



  • Senja-senja ni aku duduk, secara random ternampak perkataan 'Habitat'. Aku pun terpikiaq, habitat ni membawa maksud tempat atau environment dimana satu kehidupan membiak/membangun, kan?
  • Kalau perkataan Habitat ni kita cerai jadi 2 syllable nanti akan jadi HABIT-AT, kan? Jadi maksud dia kalau diasingkan ikut syllable tu, jadi = Rutin/Tabiat yang senantiasa diulang - disesuatu tempat. 
  • Jadilah Habitat itu lebih bermakna bila kita sebut atau gunapakai dalam ayat. ya'ni bukan sekadar tempat atau ruang environment kita membiak/membesar, tapi tempat lahirnya seseorang, membesar dan mempraktikkan rutin-rutin harian baik maupun jahat. 
  • Itulah Habitat, dan kita, sering dicanang menjadi Creatures of Habit :) 

“We are what we repeatedly do. Excellence then, is not an act, but a habit.” -Aristotle





p/s: aku baca dari atas sampai bawah, kalau ada graf mengarut, maka graf tu akan naik secara mendadak dikala hampa sampai hujung post ni.panjang la pulak, biasa la benda mengarut ni biasa meleret. tq for reading, adieu








Wednesday, May 7, 2014

Epilog: Buta Ma'arof


  • Seronok hidup kalau kita boleh berbicara pelbagai bahasa. Serious, dunia ini luas, kaya dengan budaya dan tradisi yang unik dan menarik.
  • Sampaikan ada orang yang kata kalau kita dapat jadi seorang 'polyglot', kita bagai jutawan kaya, bahasa itu bagaikan harta yang bebas nilai. Tiada akan jatuh nilainya biarpun runtuh foundation dunia. 
  • Hari ni aku boleh berbahasa Arab Mesir serba serbi sedikit. beza sedikit Arab loghat Ammiya' (Mesir) jika dibanding dengan dengan Arab Fushah'.
  • Teringat hujung tahun lepas masa naik Tremco (mikro-bas a.k.a Van) untuk kembali ke Rumah dari Pasar. Berpeluang berborak dengan seorang pemuda Arab Mesir dan seorang lagi warga Syria. Rancak aku bersembang dengan grammar aku yang bersepah merata, tiba si pemuda Syria tu tanya aku boleh tak aku menulis since aku dah agak boleh berbicara serba serbi. 
  • Aku pun kata tak sangat, dia pun kata "oh jadi kau ni macam orang-orang buta huruf kat Mesir ni la *gelak* dan dia cakap dia melawak. Aku tau, lawak yang mengguris ego, haha. Ya bagai orang buta huruf kat Mesir la aku ni. Boleh berkata-kata, tapi tak pandai baca, tak mahir tulis, apa cerita? Banyak lagi nak kena belajaq ni.
  • Rahim maarop dah ada, lani kita kira jadi buta maarop la pulak. Aduh
N.B
Polyglot = Kebolehan menguasai pelbagai bahasa; multi-linguist 

p/s: 2 posts in 2 days,yeah!



Monday, May 27, 2013

Epilog: Semuanya Ter-Buku


  • Jenguk buku yang belum dibaca. Setiap kali hampir berdebu aku tiup dan gilap kembali agar tiada ada kotor. 
  • Dalam buku-buku inilah aku mencari maksud, aku mengugah jiwa, aku merobek ma'ana yang senantiasa tiada tenteram dek karenah pendustaan duniawi. 
  • Buku-buku yang menjadi peneman setia aku. Tiada siapa tika dinihari dapat mengubat kejerihan, kepayahan berada beribu batu jauh dari keluarga, dari rumah, dari zon selesa. Sini, aku senantiasa tercari, senantiasa dipersoal, senantiasa diherdik, senantiasa disalah-tanggap, senantiasa itu dan ini. Pudar mental dan fizikal.
  • Langsung lesu jiwa ada ketika ingin pulang tidur dan tidak bangun semula. Tapi bilaku belek buku-buku ini, aku rasa semacam gah kembali, aku hidup bernafaskan inspirasi. Aku bagai tanah kering yang disimbahi limpah hujan, segar semula. 
  • Oh Buku-buku aku! Kadang aku skizofernia, bergelak tawa, seorang diri. Kadang aku bercakap dengan sang dinding, tiada punya telinga dimanifestasi untuk mendengar tapi tetap membatu diri. Mengiakan segala yang daku cerita. Dalam suka duka. Selamanya. Terima Kasih tidak terhingga!