Dek musibah mau menimpa,
Datang menerpa tanpa dipinta,
Aku tersangkut dek bahana,
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Tangga menghempas hancur harapan,
Aku impikan menjadi teladan,
Kepada semua pelusuk insan,
Supaya jangan dipintas jalan yang ketandusan.
Aku ditimpa lagi cobaan,
Tak tahan badan ditimpa keruan,
Tangan disergah doa diucapkan,
Supaya dapat kutempuh apa dugaan.
Ini balasan bukan mainan,
Dibayar tepat sebagai peringatan,
Bangunlah dari segala igauan,
Tiada ada pintas jalan kejayaan.
Aku mula meratap wajah,
Mencari sinar manakan tercurah,
Aku mahu menjadi pendeta terserlah,
Menuntut ilmu cara yang indah.
Datang menerpa tanpa dipinta,
Aku tersangkut dek bahana,
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Tangga menghempas hancur harapan,
Aku impikan menjadi teladan,
Kepada semua pelusuk insan,
Supaya jangan dipintas jalan yang ketandusan.
Aku ditimpa lagi cobaan,
Tak tahan badan ditimpa keruan,
Tangan disergah doa diucapkan,
Supaya dapat kutempuh apa dugaan.
Ini balasan bukan mainan,
Dibayar tepat sebagai peringatan,
Bangunlah dari segala igauan,
Tiada ada pintas jalan kejayaan.
Aku mula meratap wajah,
Mencari sinar manakan tercurah,
Aku mahu menjadi pendeta terserlah,
Menuntut ilmu cara yang indah.
-AhmadN